Teman lelaki ataupun boyfriend ataupun kekasih, apa-apa sajalah yang korang gelarkan untuk lelaki yang menjadi “lebih daripada kawan” kepada seorang perempuan yang lain. Gay-gay tak masuk ya dalam topik ni, tak de faedah orang kata. Sesiapa yang pernah menjadi seorang teman lelaki, mesti sudah tahu perasaanya, terutama yang setia dan tidak main-main, iaitu hubungan yang serious. Ada je yang jadi ‘couple’ sekadar nak suka-suka, sekadar nak menunjuk golongan ni tak leh pakai, tak de masa depan.
Teman lelaki yang aku maksudkan dalam artikel ni adalah teman lelaki yang setia, yang memang serious berniat untuk kahwin dengan perempuan tersebut, macam aku..haha.. berbalik kepada topik, artikel ni aku nak ceritakan perasaan menjadi seorang teman lelaki yang sedemikian. Adakah ia sesuatu yang menyeronokan? Ataupun menyedihkan? Ataupun menakutkan? Ah, yang tu lah kita nak kupas.. zaassss…
Sebelum aku menceritakan tentang perasaan, aku ingin menceritakan apa kelebihan menjadi seorang teman lelaki berbanding lelaki yang lain. Pada pandangan aku, menjadi seorang teman lelaki kelebihan dia -
- Korang akan ada 50% chance untuk dapatkan perempuan tersebut sebagai seorang isteri
- Perempuan itu akan lebih menyanyangi anda berbanding lelaki lain
- Perempuan itu akan lebih ambil berat tentang anda
- Jika korang tak sorok-sorok hubungan korang maknanya family perempuan tu dah accept anda, lebih berbanding lelaki lain
Itu adalah kelebihan menjadi seorang teman lelaki, menarik bukan? Sebelum melompat ke kesimpulan, aku harus mencari seorang teman wanita, baca dulu list yang seterusnya, apa kekurangan menjadi seorang teman lelaki -
- Korang akan lebih besar percentagenya untuk bergaduh dengan perempuan tersebut berbanding lelaki lain
- Korang yang akan jeles bila perempuan itu bercakap/keluar dengan lelaki lain, lelaki lain tak de rasa pape
- Korang yang akan kecewa bila perempuan tu kahwin dengan orang lain, lelaki lain tak rasa pape pun
- Korang yang akan kena pastikan dia happy, jaga dia, lelaki lain tak perlu pun
- Korang hanya mampu berharap dan berusaha, sedangkan yang menentukan Allah
Jadi sekadar untuk mendapat 50% sahaja peluang dapat ambil perempuan tu sebagai isteri, dan sedikit lebih perhatian diberi sanggupkan anda untuk merasai segala keresahan, kesusahan, ketidakpastian? Aku sanggup, tu namanya cinta.. acecececeh.. Jika korang sanggup, pastikan korang ingat list dibawah ni, menjadi seorang teman lelaki tidak bermaksud -
- Korang boleh halang dia dari menjalani kehidupan dia, dia nak keluar dengan sapa pun tu kena ikut si perempuan lah, sebab korang teman lelaki je bukanya suami.
- Korang perlu diutamakan, perempuan tu mungkin mengutamakan kawan-kawan rapat dia (perempuan) dan keluarga, jadi terima lah kalau dia lebih prefer nak keluar dengan kawan-kawan dia ataupun family berbanding korang.
- Korang 100% akan kahwin dengan dia, jangan terlalu berharap.. dunia ni penuh cabaran.. hanya perlu usaha, dan serahkan yang lain pada yang Esa.
Aku bukan ingin galakan couple-couple ni, tapi kalau nak, pastikan jangan terlajak.. baru gf/bf bukan suami/isteri lagi ya.. INGAT TU.