Mak..
alis kenal abah.abah terlalu busy untuk kita semua, Tak tau macam mana rasa kasih sayang abah,mungkin kita xnampak dari luaran. Dari kecik sampai besar. alis tak macam orang lain. Kalau dulu pegi sekolah, yang selalu hantar kawan2 alis, abah diorang. Kalau bercerita, diorang selalu akan sebut abah,semua seronok abah ada disisi mereka
Tpi alis tak.Daripada kecik lagi alis memang dah didik untuk berdikari sendiri dan mak la yang selalu meneliti aktiviti yang alis buat.Alis hanya selalu bersama mak. Yang besarkan alis, mak.Alis tak cakp abah tak amik tahu pasal alis,tapi alis tahu yang abah ada kerja dan alis paham pekerjaan abah dan abah tidak pernah lupe tanggungjawab dia sebagai seorang bapa,Yang marah alis bila alis nakal, mak.abah hanya memerhati dari jauh,Yang pukul alis bila keputusan periksa teruk, mak. Yang risaukan alis bila alis sakit, mak.yang berjaga siang malam untuk siapkan persiapan alis, mak.
Masa sekolah dulu, kalau hari penyampaian hadiah, kami dapat anugerah, yang datang tengok, mak. Kalau ada mesyuarat PIBG kat sekolah, yang datang, mak. Kalau alis pergi pertandingan dan menang, alis balik cerita kat mak. Kalau periksa dapat nombor 1, yang cakp tahniah mak
Nak UPSR, yang buat sembahyang hajat, mak. Nak PMR, yang buat sembahyang hajat, mak. Nak SPM, yang buat sembahyang hajat, mak. Masuk universiti, yang bernazar, mak.Semuanya mak. Itu, alis sorang. Yang lagi 6 ?
Mak. Walaupun alis tak selalu dengan abah,tapi, alis tak pernah rasa kekurangan apa2 pun. Mak dah bagi segalanya pada alis, Mak memang kuat, besarkan kami dari kecik sampai besar. Bila sakit, mak tanggung sorang2. Bila sedih, mak menangis sorang2. Bila gembira, mak kongsi dengan kami semua.
Terima kasih mak. Dah terlampau banyak mak berkorban. Dah terlampau banyak yang mak tanggung. Tak terbalas rasanya semua yang mak dah bagi pada alis. Mungkin alis tak mampu nak balas semuanya, tapi alis janji pada mak, selagi mampu, alis akan cuba senangkan mak satu hari nanti. Semoga doa mak dan restu mak sentiasa iringi alis. Takde hadiah yang alis sediakan untuk mak, tapi alis nak ucap, selamat hari ibu dekat mak. Terima kasih sebab jadi mak alis
Tuhan..
Tolong panjangkan usia mak. Tolong berikan kesihatan yang baik untuk mak. Tolong permudahkan perjalanan hidup mak. Tolong ringankan beban mak.
Mak, alis tau mak takkan baca pun apa yang alis tulis ni. Alis tak mampu nak cakap semua ni depan mak, jadi alis tulis. Tapi nanti alis nak cakap depan mak : ALIS SAYANG MAK !
Daripada anak mak.
MOHD KHALIS BIN OTHMAN
its really sweet khalis..klu mak ko bce konpem die nanes sbb terharu ade anak mcm ko.:D
ReplyDeletehahahh...secara xsengaja kan...aku buat xabis2 hehe...tu post lambat
ReplyDeletebg la mak ko bce wey..sweet sgt..
ReplyDeletehahah xpayah la...nnti asik kena perli jerk..biarlah rahsia hehe
ReplyDeletemak x sangka ada jgk anak mak yg menghargai mak dgn luahan kata2 yg manis...sebak dan terharu hati mak sbg seorg ibu...mak pun x dpt nk luahkan jgk tpi itulah shj pengorbanan yg dpt mak berikan... wang ringgit mak mmg xde hanya dpt berikan kasih sayang yg tdk berbelah bahagi....yg lgi 6 pon mcm ni jgk...Alhamdulillah mak dianugerahkan putera dan puteri yg menghargai mak...mak tdk minta apa2 cuma mak berharap agar tiang agama tdk dilupakan..buat baik berpada2 buat jahat jgn sekali....jgn ingat mak x baca ya...mak follow tau....(o/behalf of Mak dgn mggunakan fb k.wana)
ReplyDelete