Friday, June 24, 2011

Utusan Untuk Abah



Abah...
alis  kenal abah..sejak dari alis keluar dari rahim emak lagi..abah org pertama yang mendengarkan alis laungan azan...abah terlalu busy untuk alis dan yang lain2,Tak tau macam mana rasa kasih sayang abah,mungkin kita xnampak dari luaran tapi alis tahu seorang abah xkan lupakan anak-anak dari abah bangun  sampai menutup mata untuk tidur . Dari kecik sampai besar. alis tak macam orang lain. Kalau dulu orang lain selalu bersama abah dia,tapi alis x,dari kecik alis dah di didik untuk hidup bedikari.abah selalu tinggalkan alis,namun xpenah sedetik pon alis anggap abah melupakan alis.alis tahu abah kuar keje untuk menyara keluarga kite :)..terima kasih abah

Walaupon daripada kecik lagi alis memang dah di didik untuk berdikari sendiri dan mak la yang selalu meneliti aktiviti yang alis buat..tapi alis tahu yang abah sentiasa amik berat walaupon alis xnmpk dari depan mata...Alis hanya selalu bersama mak sedangkan apa yang emak lakukan semua nya bermula dari abah..ingat lagi dulu-dulu alis selalu tidur lambat dan kadang-kadang cecah 3 4 pagi,namun masiih kedengaran bisikan mak dan abah masih membincangkan tentang kami adik beradik...alis ingat lagi masa alis kecik-kecik dulu,abah akan tanya alis nak pergi mana,sebab alis anak last...walaupun kasih sayang abah,alis tidak merasa setiap saat macam orang lain dapat,tapi setiap kali abah mencurahkan kasih sayang,ia sangat berharga untuk alis :)

Yang besarkan alis,mungkin lebih pada mak.Alis tak cakp abah tak amik tahu pasal alis,tapi alis tahu yang abah ada kerja dan alis paham pekerjaan abah.Abah tak pernah lupa tanggungjawab abah sebagai seorang bapa,Walaupun yang marah alis bila alis nakal, mak,Yang pukul alis bila keputusan periksa teruk, mak. Yang risaukan alis bila alis sakit, mak.yang berjaga siang malam untuk siapkan persiapan alis, mak.namun alis xpernah lupa sedetik pun pengorbanan abah yang menyediakan alis sebaik-baik keperluan bagi memenuhi kehendak alis,alis tahu alis dah banyak susah kan abah,berapa banyak abah bagi alis duit untuk alis gunakan untuk kesenangan alis..kesusahan abah tidak akan alis lupa sampai keakhir hayat alis.:(

Masa sekolah dulu,alis ingat lagi masa tu alis darjah satu,abah akan kejut kan alis untuk bangun pagi,sekolah alis jauh dipekan masa tu..setiap pagi alis akan naik bus untuk pergi ke skolah,tapi bila kami adik beradik terlepas bus mesti abah akan hantar sampai bus dan naikkan kami walaupun pada masa tu abah hanya menyarung kain pelekat dan singlet,kalau hari bemesra guru dan ibu bapa,cikgu-cikgu bila cakp anak abah ni baik..tika dan saat itu la alis gembira sebb dapat melihat abah tersenyum.

Abah. Walaupun alis tak selalu dengan abah,tapi, alis tak pernah rasa kekurangan apa2 pun. Abah dah bagi segalanya pada alis, abah memang seorang yang tabah, besarkan kami dari kecik sampai besar. Bila masa alis sakit,alis masih ingat lagi  time tu emak tak ada disisi abah,alis demam panas tiga hari,walaupon abah sibuk dengan kerja abah,abah tinggal kan alis dekat rumah sorang-sorang dengan cukup sempurna,dengan ubat abah sediakan untuk alis makan yang membuatkan alis lebih terharu dengan pengorbanan abah bila alis tengok abah menyediakan makanan untuk alis walaupon sebelum ni alis xpernah melihat abah memasak,namun abah memberikan alis lebih dari apa yang mungkin adik beradik lain xdapat.alis sayang abah sangat-sangat

Terima kasih abah. Dah terlampau banyak abah berkorban untuk alis..Tak terbalas rasanya semua yang abah dah bagi pada alis. Mungkin alis tak mampu nak balas semuanya, tapi alis janji pada abah, selagi mampu, alis akan cuba yang terbaik untuk membuktikan alis seorang anak yang baik untuk abah. Semoga doa abah dan restu abah sentiasa iringi alis dalam mengecapi dunia yang penuh dengan cabaran ini. Takde hadiah yang alis sediakan untuk abah, tapi alis nak ucap, selamat hari bapa dekat abah. Terima kasih sebab jadi abah alis yang sanggup melayan kerenah alis dari alis kecik sampai alis dah besar sekarang 

Tuhan..
Tolong panjangkan usia abah. Tolong berikan kesihatan yang baik untuk abah. Tolong permudahkan perjalanan hidup abah. Tolong ringankan beban abah.
abah, alis tau abah takkan baca pun apa yang alis tulis ni. Alis tak mampu nak cakap semua ni depan abah, jadi alis tulis. Tapi nanti alis nak cakap depan abah: ALIS SAYANG abah sangat2 !

4 comments: